Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

date Khamis, 17 Jun 2010

Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya.

Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

Lalu lelaki tua itu pun menjawap.
"Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh susah, akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu.

Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"

Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"

date

Mizal diundang kawannya makan malam.

Jojoe, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Mizal memandang Jojoe dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Jojoe mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

date

Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja.

"Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif " kata si pemuda itu membela diri.

"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat terpaksa saya mengambil motornya. "

date

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

date

Wapi adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Wapi dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Wapi.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Wapi.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Wapi ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Wapi sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

date

Awal Perkahwinan
Izz : "Jom kita pergi shopping"
Acap : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Izz : "Jom kita pergi shopping"
Acap : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Izz : "Jom kita pergi shopping"
Acap : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Izz : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Acap : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Izz : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Acap : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Izz : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Acap : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Izz : "Ayang mengandung.."
Acap : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Izz : "Abang tolong buat susu anak.."
Acap : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Izz : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Acap : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Izz : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Acap : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Izz : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Acap : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Izz : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Acap : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Izz : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Acap : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Izz : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Acap : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Izz : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Acap : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Izz : "Ayang tak pandai masak.."
Acap : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Izz : "Ayang tak pandai buat rendang"
Acap : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Izz : "Ayang tak pandai buat kek.."
Acap : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

date

Joe: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Madu: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Joe: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Madu: Apakah kau mencintaiku?

Joe : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Madu: Apakah kau pernah berlaku curang?

Joe: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Madu: MAhukah kau menciumku?
Joe: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

date