Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Acap dan Pak Aleep namanya. Yang Pak Acap membaca surat khabar manakala Pak Aleep hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Acap: Aleep, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Aleep: Hmmmmm. Jawab Pak Aleep macam acuh tak acuh je.
Pak Acap: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Aleep...?
Pak Aleep:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Acap: Kau ni kenapa Aleep? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Aleep: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Acap: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Aleep: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

date Isnin, 22 Februari 2010

0 ulasan to “kisah buang bayi”

Leave a Reply: