Jumaat, 2 April 2010
"... bila hidupmu dlm kegelapan, " maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!
I-Indahnya namamu mengulit jiwaku,
yang menjadi penyeri hidupku,
kerana hadirmu umpama cahaya,
menyinari sekilas kelam yang menyelubungi diriku,
biarpun kita jauh..namun tautan ini sungguh indah
kita rasai berdua…
K-Kerana kau kekasih hatiku,
pembakar semangat jiwa ku,
bila aku keresahan kau menenangkan aku,
bila aku dalam kedukaan kau menghiburkan aku,
bila aku dalam kesakitan kau mendoakan aku,
agar sentiasa tabah dan sabar untuk mengharungi hidupku,
sungguh indah hadirmu dalam hidupku.
O-Oleh itu..dikesempatan ini,
izinkan aku mengucapkan selamat hari lahir sayang,
terima kasih kerana sudi menjadi pendampingku,
Kalau ada jodoh pasti kita akan bersama,
kerana ikatan antara kita sungguh indah,
Tak bisa di ungkapkan dengan bicara,
Namun dapat dimengertikan oleh hati kita,
Sekali lagi…
Selamat hari jadi kekasihku IKO…
Penyulam hati penyeri rasa pembakar semangatku.
nukilan:atok danny